Sunday 19 October 2014

Bengkel Animasi Story Telling

Pada 14 hingga 16 Oktober 2014 bertempat di BTPNPP, Pokok Sena telah diadakan Bengkel Animasi Story Telling. SMKTAT telah menghantar tiga orang pelajar menyertai pertandingan iaitu Muhammad Miswar, Nasrullah, dan Muhammad Aizad dari kelas 4 UMM. Guru pengiring merangkap pengarah animasi ialah Encik Mohd Yusof. SMKTAT telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam bengkel yang diadakan. Hasil animasi ini akan dibawa ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan seterusnya.





Video  animasi yang dihasilkan




Hari pertama 


bergambar bersama hamper dan mouse dalam beg yang dipegang. 

Sebanyak 7 buah sekolah mengambil bahagian yang mewakili 8 pasukan kerana SMJK Perempuan Cina menghantar dua pasukan.

Sunday 12 October 2014

Galeri Gambar SMKTAT

12 Oktober 2014, Guru Penyelaras Bestari telah menyediakan pautan gambar-gambar sekolah dalam laman web rasmi sekolah iaitu smktat.com. warga sekolah dan pengunjung laman web smktat.com boleh melihat gambar-gambar sekolah dalam pautan Galeri Gambar. Kemudahan ini disediakan bagi mengatasi masalah muat turun gambar dari Alumni SMK Telok Air Tawar yang tidak boleh diakses pada waktu sekolah. Aplikasi baru ini menggunakan Picasa Online. Gambar-gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa.  Sekian, dimaklumkan. 

Monday 1 September 2014

LDP Penggunaan Chrome Book untuk Guru-Guru

Selasa 25 Ogos 2014 - bertempat di Makmal Komputer 2, SMK Telok Air Tawar telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan penggunaan chrome book untuk kumpulan pertama. Seramai 40 orang guru telah hadir. Fokus LDP ialah cara memulakan PdP menggunakan chrome book, cara menggunakan  Google Drive dan menguruskan email untuk menyemak tugasan yang dihantar oleh murid-murid. Semua peserta telah menunjukkan minat sepanjang sesi LDP dijalankan. Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof dibantu oleh Puan Nurrul Maziyah dan Puan Zarina.

Ceramah penggunaan chrome book oleh Encik Mohd Yusof






Guru-guru menyusun semula chrome book di chrome cart setelah tamat LDP








Tuesday 22 July 2014

Program Gerak Gempur Frog VLE

Pada 21 hingga 23 Julai 2014 telah diadakan Program Gerak Gempur Frog VLE peringkat sekolah. Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar diminta mengemaskini dashboard masing-masing seterusnya menjawab soalan yang diberikan oleh guru mengikut site mata pelajaran masing-masing. Mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Geografi dan ICTL telah diajar sepanjang program berkenaan. Selepas cuti Hari raya Aidilfitri nanti, ia akan diperluaskan kepada mata pelajaran yang lain , Insyallah.

Monday 16 June 2014

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014

Liga Remaja Kreatif (LRK) kini kembali lagi dengan tema "Jalur Lebar Untuk Pendidikan". Semua pelajar digalakkan menyertai pertandingan ini dan merebut hadiah menarik yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila klik http://lrk.mcmc.gov.my/






Tuesday 13 May 2014

Projek Inovasi Guru Penyelaras Bestari

13 Mei 2014- Projek Inovasi 'E-Borang' telah dilancarkan oleh Guru Penyelaras Bestari SMK Telok Air Tawar. Tujuan projek inovasi E-borang  untuk memudahkan warga guru dan staf SMKTAT dalam penyediaan borang seperti borang isytihar harta, cuti rehat khas, pertukaran pelajar dan sebagainya. Guru-guru tidak perlu lagi mengambil borang di pejabat dan menaip atau menulis maklumat dalam borang. Kini, semua borang boleh dicapai dihujung jari dan di mana sahaja yang boleh akses internet. Hanya muat turun, lengkapkan dan cetak atau emailkan kepada pihak berkenaan. Sila klik pautan E-Borang

Tuesday 18 March 2014

Program Bijak IT

 31 Mac 2014 Isnin- Program Bijak IT diteruskan lagi dengan tajuk perkongsian artikel "Berhati-hati dengan Perkongsian fail Peer to Peer (P2P). Artikel dibacakan oleh Muhd Ikhwanul Ikhsan dari 3UKM. Pelajar-pelajar perlu berhati-hati menggunakan aplikasi ini kerana kadang kala ia boleh mengongsikan virus tanpa kita ketahui..





17 Mac 2014 Isnin - Program Bijak IT telah dimulakan  mengikut perancangan Jawatankuasa Pengurusan Bestari dan ICT.  Pelajar Muhammad Izzudin dari kelas 3 UKM berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar dan guru-guru tentang etika penggunaan internet. Pelajar-pelajar perlulah berhati-hati melakukan aktiviti chatting di internet dan elakkan menggunakan nama sebenar untuk mengelakkan bahaya. Pelajar juga diingatkan tidak mendedahkan identiti diri ketika aktiviti online. 





Saturday 1 March 2014

Bengkel Suntingan Video di Kolej Komuniti Kepala Batas

Rabu, 26 Februari 2014 - Seramai 25 orang pelajar dan dua orang guru pengiring telah mengikuti Bengkel Suntingan Video di Kolej Komuniti Kepala Batas. Bengkel ini telah dirancang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bestari dan ICT SMK Telok Air Tawar iaitu Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal, selaku Guru Penyelaras Bestari.

Pihak sekolah berterima kasih dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Kepala Batas yang telah membuka jalan ke arah kerjasama dengan pihak sekolah. Program ini adalah sebahagian daripada projek sarana sekolah dalam bentuk hubungan dengan komuniti atau agensi luar. Perbincangan lanjut dengan Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang hayat iaitu Encik Amir telah melancarkan lagi program ini. Begitu juga kerjasam baik dari Pensyarah Animasi, Puan Masyanti yang banyak membantu.

Tujuan bengkel video suntingan video ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar cara menggunakan perisian Adobe Primiere dan Movie Maker dalam penghasilan video. Kemahiran pelajar ini nanti boleh digunakan untuk menghasilkan video korporat atau sebarang video yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pelajar yang dipilih menyertai bengkel ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima,  kelas Grafik Berkomputer. Mereka telah mempunyai asas dalam penggunaan perisian komputer seperti adobe photoshop, Flash dan 3D Max. Pengenalan perisian adobe primiere adalah nilai tambah kepada pengetahuan pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Hasil dari bengkel ini, pelajar telah menunjukkan minat dalam kerja-kerja suntingan video. Mereka juga lebih yakin menggunakan perisian movie maker dan mampu membimbing rakan sekelas dalam teknik menggunakan perisian video editing.











Terima kasih kepada pihak kolej komuniti yang telah membimbing pelajar-pelajar SMK Telok Air TAwar dalam bengkel suntingan video. 


Wednesday 26 February 2014

LDP Buat Assignment untuk Pelajar Menggunakan Frog VLE

Pada Sabtu,  22 Februari 2014 telah diadakan satu LDP cara menggunakan site mata pelajaran sebagai assignment untuk pelajar. Sebahagian besar guru-guru SMK Telok Air Tawar telah menghadiri LDP yang diadakan. Sesi LDP telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal dan Puan Nurrul Maziyah binti Mokhtar yang merupakan Admin Frog VLE sekolah.

Sebanyak 2 modul yang digunakan iaitu cara menyediakan soalan/latihan dalam site mata pelajaran dan cara menghantar assignment kepada pelajar. LDP bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Jawatankuasa ICT/ Frog VLE mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan berharap guru-guru dapat menghantar tugasan dengan langkah yang betul. Jika menghadapi masalah bolehlah berjumpa dengan Admin Frog VLE sekolah. Berikut gambar-gambar yang dirakam pada hari LDP.


Encik Ahmad Shukri turut membantu sebagai fasilitator


Guru-guru yang hadir begitu tekun menghadap dashboard masing-masing

Encik Mohd Yusof membantu guru-guru menghantar tugasan kepada pelajar


Encik Shikh Mohd Noor, PK Pentadbiran , Ustaz Sharkawi & Tuan Haji Rahim begitu tekun

Puan Muntaj, PK HEM turut bersemangat dibantu oleh Cik Koh






Tuesday 25 February 2014

Penggunaan Frog VLE oleh Pelajar SMKTAT

21 Februari 2014- Admin sempat merakam gambar pelajar-pelajar yang sedang tekun melayari internet menggunakan Frog VLE. Mereka sedang menjawab tugasan yang diberikan oleh guru dalam site mata  pelajaran yang dibina oleh guru-guru mata pelajaran. Di samping itu pelajar juga sempat mengemaskini dashboard masing-masing.








Wednesday 19 February 2014

Promosi Mouse boleh Scan

Selasa,18 Februari 2014- 2 orang wakil dari syarikat penjual My Scan telah datang ke SMK Telok Air Tawar memperkenalkan produk baru iaitu My scan. Alat ini boleh mengimbas dan menukar format yang diimbas kepada MS Word, Excel dan sebagainya. Ia agak menarik dan sesuai untuk guru-guru yang nak menyiapkan soalan atau hendak mengimbas gambar dari buku atau majalah. Harga My Scan ialah RM350.00.







Projek Keceriaan di luar Makmal Komputer

Aktiviti keceriaan sedang dijalankan di Makmal Komputer SMK Telok Air Tawar. Berikut adalah pemandangan baru pada papan kenyataan di luar makmal dan pada pintu makmal.

Sudut informasi, mengandungi maklumat tentang jadul penggunaan makmal, jawatankuasa Frog VLE sekolah dan manual cara login dalam Frog VLE.  



banner selamat datang pada pintu masuk makmal 1 & 2 bertemakan alaf baru dan "cloud computing"


Wednesday 12 February 2014

Pelajar menang sijil penyertaan Liga Remaja Kreatif

Rabu, 12 Februari 2014 - majlis penyampaian sijil dan anugerah telah disampaikan oleh Puan hajah Robiyah binti Abu Pengetua SMK Telok Air Tawar kepada pelajar di Dewan Sarjana SMK Telok Air Tawar pada jam 7.40 pagi. Dimulakan dengan penyampaian sijil penyertaan Pertandingan Video Liga Remaja Kreatif Tajaan Surhanjaya Sekuriti Malaysia. Darren dan Praveen dari 3 UPM telah berjaya menerima sijil penyertaan dari SKMM.

edit video

Monday 20 January 2014

Taklimat Frog VLE kepada Ibu Bapa dan Penjaga

Pada 15 januari 2014, telah diadakan satu taklimat Frog VLE kepada Ibu Bapa dan Penjaga pelajar SMK Telok Air Tawar sempena Program Jayawaris. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal, Guru Penyelaras Bestari SMK Telok Air Tawar.


Encik Mohd Yusof bin Mustaffa kamal, Guru Penyelaras Bestari SMKTAT

Ibu Bapa yang hadir telah memberikan maklum balas yang baik sepanjang sesi dijalankan. Antaranya menanyakan tentang Yes ID dan passworrd anak mereka dan cara untuk  memantau kerja-kerja anak secara online. Penceramah menyatakan semua yes ID telah diberikan kepada pelajar pada tahun 2013, kecuali bagi pelajar yang baru berpindah perlu menunggu sedikit masa untuk mendapatkan password dari Frog Asia.


Ibu bapa yang hadir memberikan tumpuan