Wednesday 26 February 2014

LDP Buat Assignment untuk Pelajar Menggunakan Frog VLE

Pada Sabtu,  22 Februari 2014 telah diadakan satu LDP cara menggunakan site mata pelajaran sebagai assignment untuk pelajar. Sebahagian besar guru-guru SMK Telok Air Tawar telah menghadiri LDP yang diadakan. Sesi LDP telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal dan Puan Nurrul Maziyah binti Mokhtar yang merupakan Admin Frog VLE sekolah.

Sebanyak 2 modul yang digunakan iaitu cara menyediakan soalan/latihan dalam site mata pelajaran dan cara menghantar assignment kepada pelajar. LDP bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Jawatankuasa ICT/ Frog VLE mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan berharap guru-guru dapat menghantar tugasan dengan langkah yang betul. Jika menghadapi masalah bolehlah berjumpa dengan Admin Frog VLE sekolah. Berikut gambar-gambar yang dirakam pada hari LDP.


Encik Ahmad Shukri turut membantu sebagai fasilitator


Guru-guru yang hadir begitu tekun menghadap dashboard masing-masing

Encik Mohd Yusof membantu guru-guru menghantar tugasan kepada pelajar


Encik Shikh Mohd Noor, PK Pentadbiran , Ustaz Sharkawi & Tuan Haji Rahim begitu tekun

Puan Muntaj, PK HEM turut bersemangat dibantu oleh Cik Koh






Tuesday 25 February 2014

Penggunaan Frog VLE oleh Pelajar SMKTAT

21 Februari 2014- Admin sempat merakam gambar pelajar-pelajar yang sedang tekun melayari internet menggunakan Frog VLE. Mereka sedang menjawab tugasan yang diberikan oleh guru dalam site mata  pelajaran yang dibina oleh guru-guru mata pelajaran. Di samping itu pelajar juga sempat mengemaskini dashboard masing-masing.








Wednesday 19 February 2014

Promosi Mouse boleh Scan

Selasa,18 Februari 2014- 2 orang wakil dari syarikat penjual My Scan telah datang ke SMK Telok Air Tawar memperkenalkan produk baru iaitu My scan. Alat ini boleh mengimbas dan menukar format yang diimbas kepada MS Word, Excel dan sebagainya. Ia agak menarik dan sesuai untuk guru-guru yang nak menyiapkan soalan atau hendak mengimbas gambar dari buku atau majalah. Harga My Scan ialah RM350.00.







Projek Keceriaan di luar Makmal Komputer

Aktiviti keceriaan sedang dijalankan di Makmal Komputer SMK Telok Air Tawar. Berikut adalah pemandangan baru pada papan kenyataan di luar makmal dan pada pintu makmal.

Sudut informasi, mengandungi maklumat tentang jadul penggunaan makmal, jawatankuasa Frog VLE sekolah dan manual cara login dalam Frog VLE.  



banner selamat datang pada pintu masuk makmal 1 & 2 bertemakan alaf baru dan "cloud computing"


Wednesday 12 February 2014

Pelajar menang sijil penyertaan Liga Remaja Kreatif

Rabu, 12 Februari 2014 - majlis penyampaian sijil dan anugerah telah disampaikan oleh Puan hajah Robiyah binti Abu Pengetua SMK Telok Air Tawar kepada pelajar di Dewan Sarjana SMK Telok Air Tawar pada jam 7.40 pagi. Dimulakan dengan penyampaian sijil penyertaan Pertandingan Video Liga Remaja Kreatif Tajaan Surhanjaya Sekuriti Malaysia. Darren dan Praveen dari 3 UPM telah berjaya menerima sijil penyertaan dari SKMM.

edit video