Tuesday 18 March 2014

Program Bijak IT

 31 Mac 2014 Isnin- Program Bijak IT diteruskan lagi dengan tajuk perkongsian artikel "Berhati-hati dengan Perkongsian fail Peer to Peer (P2P). Artikel dibacakan oleh Muhd Ikhwanul Ikhsan dari 3UKM. Pelajar-pelajar perlu berhati-hati menggunakan aplikasi ini kerana kadang kala ia boleh mengongsikan virus tanpa kita ketahui..





17 Mac 2014 Isnin - Program Bijak IT telah dimulakan  mengikut perancangan Jawatankuasa Pengurusan Bestari dan ICT.  Pelajar Muhammad Izzudin dari kelas 3 UKM berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar dan guru-guru tentang etika penggunaan internet. Pelajar-pelajar perlulah berhati-hati melakukan aktiviti chatting di internet dan elakkan menggunakan nama sebenar untuk mengelakkan bahaya. Pelajar juga diingatkan tidak mendedahkan identiti diri ketika aktiviti online. 





Saturday 1 March 2014

Bengkel Suntingan Video di Kolej Komuniti Kepala Batas

Rabu, 26 Februari 2014 - Seramai 25 orang pelajar dan dua orang guru pengiring telah mengikuti Bengkel Suntingan Video di Kolej Komuniti Kepala Batas. Bengkel ini telah dirancang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bestari dan ICT SMK Telok Air Tawar iaitu Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal, selaku Guru Penyelaras Bestari.

Pihak sekolah berterima kasih dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Kepala Batas yang telah membuka jalan ke arah kerjasama dengan pihak sekolah. Program ini adalah sebahagian daripada projek sarana sekolah dalam bentuk hubungan dengan komuniti atau agensi luar. Perbincangan lanjut dengan Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang hayat iaitu Encik Amir telah melancarkan lagi program ini. Begitu juga kerjasam baik dari Pensyarah Animasi, Puan Masyanti yang banyak membantu.

Tujuan bengkel video suntingan video ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar cara menggunakan perisian Adobe Primiere dan Movie Maker dalam penghasilan video. Kemahiran pelajar ini nanti boleh digunakan untuk menghasilkan video korporat atau sebarang video yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pelajar yang dipilih menyertai bengkel ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima,  kelas Grafik Berkomputer. Mereka telah mempunyai asas dalam penggunaan perisian komputer seperti adobe photoshop, Flash dan 3D Max. Pengenalan perisian adobe primiere adalah nilai tambah kepada pengetahuan pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Hasil dari bengkel ini, pelajar telah menunjukkan minat dalam kerja-kerja suntingan video. Mereka juga lebih yakin menggunakan perisian movie maker dan mampu membimbing rakan sekelas dalam teknik menggunakan perisian video editing.











Terima kasih kepada pihak kolej komuniti yang telah membimbing pelajar-pelajar SMK Telok Air TAwar dalam bengkel suntingan video.