Encik Redza menunjukkan cara akses Google Drawing
Sunday, 16 October 2016
PdP VLE i-Think Bersama PKG Teluk Air Tawar
Rabu 5 Oktober 2016, Encik Redza dari PKG Teluk Air Tawar telah menunjukkan PdP abad 21 menggunakan chrome book dan aplikasi Google Drive. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4UUM terlibat sepanjang sesi PdP dijalankan. Antara perkongsian menarik yang ditunjukkan oleh Encik Redza ialah penggunaan Google Drawing untuk melukis rajah iaitu peta i-Think dan perkongsian bahan pdp dengan guru untuk semakan.
Wednesday, 7 September 2016
LDP Penggunaan VLE dan Chrome Book
Rabu - 7 September 2016, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) penggunaan VLE dan chrome book telah diadakan di makmal komputer 2, SMK Telok Air Tawar. Peserta LDP terdiri daripada guru-guru Tingkatan Enam dan guru-guru Panitia Seni Visual seramai 20 orang.
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal selaku Guru Penyelaras Bestari SMK Telok Air Tawar. Objektif pertama LDP ialah guru boleh menggunakan chrome book dengan betul dan dapat menunjukkan kepada pelajar cara pengendalian chrome book yang betul. Objektif kedua, guru boleh menghantar tugasan kepada pelajar dan memberikan tugasan kepada pelajar menggunakan aplikasi Google Drive.
Pada akhir sesi LDP didapati guru-guru berjaya memahami dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Tahniah kepada semua guru.

Sunday, 31 July 2016
SMKTAT dapat Lima Bintang SSQS
Sabtu, 28 April 2016 - SMK Telok Air Tawar telah menerima anugerah Lima Bintang bagi penarafan ICT sekolah iaitu SSQS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anugerah ini menunjukkan kerjasama guru dan pelajar dalam membudayakan penggunaan ict di sekolah.
SMK Telok Air Tawar dalam senarai
Monday, 21 September 2015
Pertandingan Slaid Powerpoint Kemerdekaan Malaysia
Mulai 15 Ogos hingga 9 September 2015 telah diadakan pertandingan slaid sempena kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia. Pelajar-pelajar diminta menjawab assignment yang dihantar oleh Guru Penyelaras Bestari dan menjawab menggunakan google slide dalam Google Drive. Setelah siap tugasan slaid perlu dihantar dengan menggunakan butang submit. Kesemua aktiviti ini menggunakan pelantar pembelajaran maya 1Bestarinet yang disediakan oleh KPM.
Monday, 3 August 2015
Program Embedded System
Pada 8 hingga 10 Julai 2015, telah diadakan Program Embedded System di Makmal Komputer 2 SMK Telok Air Tawar. Program ini dikendalikan oleh bekas pelajar SMKTAT iaitu Ooi Chin Meng, Ng Chin Seng dan Ng Wei Keat. Pelajar telah didedahkan tentang asas programming. Aktiviti selama tiga hari ini melibatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 1USM, 2USM dan 3USM.

Sunday, 19 October 2014
Bengkel Animasi Story Telling
Pada 14 hingga 16 Oktober 2014 bertempat di BTPNPP, Pokok Sena telah diadakan Bengkel Animasi Story Telling. SMKTAT telah menghantar tiga orang pelajar menyertai pertandingan iaitu Muhammad Miswar, Nasrullah, dan Muhammad Aizad dari kelas 4 UMM. Guru pengiring merangkap pengarah animasi ialah Encik Mohd Yusof. SMKTAT telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam bengkel yang diadakan. Hasil animasi ini akan dibawa ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan seterusnya.
Video animasi yang dihasilkan
Hari pertama
bergambar bersama hamper dan mouse dalam beg yang dipegang.
Sebanyak 7 buah sekolah mengambil bahagian yang mewakili 8 pasukan kerana SMJK Perempuan Cina menghantar dua pasukan.
Sunday, 12 October 2014
Galeri Gambar SMKTAT
12 Oktober 2014, Guru Penyelaras Bestari telah menyediakan pautan gambar-gambar sekolah dalam laman web rasmi sekolah iaitu smktat.com. warga sekolah dan pengunjung laman web smktat.com boleh melihat gambar-gambar sekolah dalam pautan Galeri Gambar. Kemudahan ini disediakan bagi mengatasi masalah muat turun gambar dari Alumni SMK Telok Air Tawar yang tidak boleh diakses pada waktu sekolah. Aplikasi baru ini menggunakan Picasa Online. Gambar-gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekian, dimaklumkan.
Monday, 1 September 2014
LDP Penggunaan Chrome Book untuk Guru-Guru
Selasa 25 Ogos 2014 - bertempat di Makmal Komputer 2, SMK Telok Air Tawar telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan penggunaan chrome book untuk kumpulan pertama. Seramai 40 orang guru telah hadir. Fokus LDP ialah cara memulakan PdP menggunakan chrome book, cara menggunakan Google Drive dan menguruskan email untuk menyemak tugasan yang dihantar oleh murid-murid. Semua peserta telah menunjukkan minat sepanjang sesi LDP dijalankan. Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof dibantu oleh Puan Nurrul Maziyah dan Puan Zarina.
Ceramah penggunaan chrome book oleh Encik Mohd Yusof
Guru-guru menyusun semula chrome book di chrome cart setelah tamat LDP
Tuesday, 22 July 2014
Program Gerak Gempur Frog VLE
Pada 21 hingga 23 Julai 2014 telah diadakan Program Gerak Gempur Frog VLE peringkat sekolah. Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar diminta mengemaskini dashboard masing-masing seterusnya menjawab soalan yang diberikan oleh guru mengikut site mata pelajaran masing-masing. Mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Geografi dan ICTL telah diajar sepanjang program berkenaan. Selepas cuti Hari raya Aidilfitri nanti, ia akan diperluaskan kepada mata pelajaran yang lain , Insyallah.
Monday, 16 June 2014
Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014
Liga Remaja Kreatif (LRK) kini kembali lagi dengan tema "Jalur Lebar Untuk Pendidikan". Semua pelajar digalakkan menyertai pertandingan ini dan merebut hadiah menarik yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila klik http://lrk.mcmc.gov.my/

Tuesday, 13 May 2014
Projek Inovasi Guru Penyelaras Bestari
13 Mei 2014- Projek Inovasi 'E-Borang' telah dilancarkan oleh Guru Penyelaras Bestari SMK Telok Air Tawar. Tujuan projek inovasi E-borang untuk memudahkan warga guru dan staf SMKTAT dalam penyediaan borang seperti borang isytihar harta, cuti rehat khas, pertukaran pelajar dan sebagainya. Guru-guru tidak perlu lagi mengambil borang di pejabat dan menaip atau menulis maklumat dalam borang. Kini, semua borang boleh dicapai dihujung jari dan di mana sahaja yang boleh akses internet. Hanya muat turun, lengkapkan dan cetak atau emailkan kepada pihak berkenaan. Sila klik pautan E-Borang
Tuesday, 18 March 2014
Program Bijak IT
31 Mac 2014 Isnin- Program Bijak IT diteruskan lagi dengan tajuk perkongsian artikel "Berhati-hati dengan Perkongsian fail Peer to Peer (P2P). Artikel dibacakan oleh Muhd Ikhwanul Ikhsan dari 3UKM. Pelajar-pelajar perlu berhati-hati menggunakan aplikasi ini kerana kadang kala ia boleh mengongsikan virus tanpa kita ketahui..
17 Mac 2014 Isnin - Program Bijak IT telah dimulakan mengikut perancangan Jawatankuasa Pengurusan Bestari dan ICT. Pelajar Muhammad Izzudin dari kelas 3 UKM berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar dan guru-guru tentang etika penggunaan internet. Pelajar-pelajar perlulah berhati-hati melakukan aktiviti chatting di internet dan elakkan menggunakan nama sebenar untuk mengelakkan bahaya. Pelajar juga diingatkan tidak mendedahkan identiti diri ketika aktiviti online.

Saturday, 1 March 2014
Bengkel Suntingan Video di Kolej Komuniti Kepala Batas
Rabu, 26 Februari 2014 - Seramai 25 orang pelajar dan dua orang guru pengiring telah mengikuti Bengkel Suntingan Video di Kolej Komuniti Kepala Batas. Bengkel ini telah dirancang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bestari dan ICT SMK Telok Air Tawar iaitu Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal, selaku Guru Penyelaras Bestari.
Pihak sekolah berterima kasih dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Kepala Batas yang telah membuka jalan ke arah kerjasama dengan pihak sekolah. Program ini adalah sebahagian daripada projek sarana sekolah dalam bentuk hubungan dengan komuniti atau agensi luar. Perbincangan lanjut dengan Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang hayat iaitu Encik Amir telah melancarkan lagi program ini. Begitu juga kerjasam baik dari Pensyarah Animasi, Puan Masyanti yang banyak membantu.
Tujuan bengkel video suntingan video ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar cara menggunakan perisian Adobe Primiere dan Movie Maker dalam penghasilan video. Kemahiran pelajar ini nanti boleh digunakan untuk menghasilkan video korporat atau sebarang video yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pelajar yang dipilih menyertai bengkel ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima, kelas Grafik Berkomputer. Mereka telah mempunyai asas dalam penggunaan perisian komputer seperti adobe photoshop, Flash dan 3D Max. Pengenalan perisian adobe primiere adalah nilai tambah kepada pengetahuan pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
Hasil dari bengkel ini, pelajar telah menunjukkan minat dalam kerja-kerja suntingan video. Mereka juga lebih yakin menggunakan perisian movie maker dan mampu membimbing rakan sekelas dalam teknik menggunakan perisian video editing.

Terima kasih kepada pihak kolej komuniti yang telah membimbing pelajar-pelajar SMK Telok Air TAwar dalam bengkel suntingan video.
Wednesday, 26 February 2014
LDP Buat Assignment untuk Pelajar Menggunakan Frog VLE
Pada Sabtu, 22 Februari 2014 telah diadakan satu LDP cara menggunakan site mata pelajaran sebagai assignment untuk pelajar. Sebahagian besar guru-guru SMK Telok Air Tawar telah menghadiri LDP yang diadakan. Sesi LDP telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal dan Puan Nurrul Maziyah binti Mokhtar yang merupakan Admin Frog VLE sekolah.
Sebanyak 2 modul yang digunakan iaitu cara menyediakan soalan/latihan dalam site mata pelajaran dan cara menghantar assignment kepada pelajar. LDP bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Jawatankuasa ICT/ Frog VLE mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan berharap guru-guru dapat menghantar tugasan dengan langkah yang betul. Jika menghadapi masalah bolehlah berjumpa dengan Admin Frog VLE sekolah. Berikut gambar-gambar yang dirakam pada hari LDP.

Encik Ahmad Shukri turut membantu sebagai fasilitator
Guru-guru yang hadir begitu tekun menghadap dashboard masing-masing
Encik Mohd Yusof membantu guru-guru menghantar tugasan kepada pelajar
Encik Shikh Mohd Noor, PK Pentadbiran , Ustaz Sharkawi & Tuan Haji Rahim begitu tekun
Puan Muntaj, PK HEM turut bersemangat dibantu oleh Cik Koh
Subscribe to:
Posts (Atom)