Sunday 16 October 2016

PdP VLE i-Think Bersama PKG Teluk Air Tawar

Rabu 5 Oktober 2016, Encik Redza dari PKG Teluk Air Tawar telah menunjukkan PdP abad 21 menggunakan chrome book dan aplikasi Google Drive. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4UUM terlibat sepanjang sesi PdP dijalankan. Antara perkongsian menarik yang ditunjukkan oleh Encik Redza ialah penggunaan Google Drawing untuk melukis rajah iaitu peta i-Think dan perkongsian bahan pdp dengan guru untuk semakan. 


Encik Redza menunjukkan cara akses Google Drawing





















Wednesday 7 September 2016

LDP Penggunaan VLE dan Chrome Book

Rabu - 7 September 2016, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) penggunaan VLE dan chrome book telah diadakan di makmal komputer 2, SMK Telok Air Tawar. Peserta LDP terdiri daripada guru-guru Tingkatan Enam dan guru-guru Panitia Seni Visual seramai 20 orang. 

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Mustaffa Kamal selaku Guru Penyelaras Bestari SMK Telok Air Tawar. Objektif pertama LDP ialah guru boleh menggunakan chrome book dengan betul dan dapat menunjukkan kepada pelajar cara pengendalian chrome book yang betul. Objektif kedua, guru boleh menghantar tugasan kepada pelajar dan memberikan tugasan kepada pelajar menggunakan aplikasi Google Drive. 

Pada akhir sesi LDP didapati guru-guru berjaya memahami dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Tahniah kepada semua guru. 








Sunday 31 July 2016

SMKTAT dapat Lima Bintang SSQS

Sabtu, 28 April 2016 - SMK Telok Air Tawar telah menerima anugerah Lima Bintang bagi penarafan ICT sekolah iaitu SSQS oleh Kementerian Pendidikan  Malaysia. Anugerah ini menunjukkan kerjasama guru dan pelajar dalam membudayakan penggunaan ict di sekolah. 


SMK Telok Air Tawar dalam senarai




Monday 21 September 2015

Pertandingan Slaid Powerpoint Kemerdekaan Malaysia

Mulai 15 Ogos hingga 9 September 2015 telah diadakan pertandingan slaid sempena kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia. Pelajar-pelajar diminta menjawab assignment yang dihantar oleh Guru Penyelaras Bestari dan menjawab menggunakan google slide dalam Google Drive. Setelah siap tugasan slaid perlu dihantar dengan menggunakan butang submit. Kesemua aktiviti ini menggunakan pelantar pembelajaran maya 1Bestarinet yang disediakan oleh KPM.

Monday 3 August 2015

Program Embedded System

Pada 8 hingga 10 Julai 2015, telah diadakan Program Embedded System di Makmal Komputer 2 SMK Telok Air Tawar. Program ini dikendalikan oleh bekas pelajar SMKTAT iaitu Ooi Chin Meng, Ng Chin Seng dan Ng Wei Keat. Pelajar telah didedahkan tentang asas programming. Aktiviti selama tiga hari ini melibatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 1USM, 2USM dan 3USM.

 

 


Sunday 19 October 2014

Bengkel Animasi Story Telling

Pada 14 hingga 16 Oktober 2014 bertempat di BTPNPP, Pokok Sena telah diadakan Bengkel Animasi Story Telling. SMKTAT telah menghantar tiga orang pelajar menyertai pertandingan iaitu Muhammad Miswar, Nasrullah, dan Muhammad Aizad dari kelas 4 UMM. Guru pengiring merangkap pengarah animasi ialah Encik Mohd Yusof. SMKTAT telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam bengkel yang diadakan. Hasil animasi ini akan dibawa ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan seterusnya.





Video  animasi yang dihasilkan




Hari pertama 


bergambar bersama hamper dan mouse dalam beg yang dipegang. 

Sebanyak 7 buah sekolah mengambil bahagian yang mewakili 8 pasukan kerana SMJK Perempuan Cina menghantar dua pasukan.

Sunday 12 October 2014

Galeri Gambar SMKTAT

12 Oktober 2014, Guru Penyelaras Bestari telah menyediakan pautan gambar-gambar sekolah dalam laman web rasmi sekolah iaitu smktat.com. warga sekolah dan pengunjung laman web smktat.com boleh melihat gambar-gambar sekolah dalam pautan Galeri Gambar. Kemudahan ini disediakan bagi mengatasi masalah muat turun gambar dari Alumni SMK Telok Air Tawar yang tidak boleh diakses pada waktu sekolah. Aplikasi baru ini menggunakan Picasa Online. Gambar-gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa.  Sekian, dimaklumkan.