Berita ICT 2014






Program Gerak Gempur Frog VLE

Pada 21 hingga 23 Julai 2014 telah diadakan Program Gerak Gempur Frog VLE peringkat sekolah. Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar diminta mengemaskini dashboard masing-masing seterusnya menjawab soalan yang diberikan oleh guru mengikut site mata pelajaran masing-masing. Mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Geografi dan ICTL telah diajar sepanjang program berkenaan. Selepas cuti Hari raya Aidilfitri nanti, ia akan diperluaskan kepada mata pelajaran yang lain , Insyallah.

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014

Liga Remaja Kreatif (LRK) kini kembali lagi dengan tema "Jalur Lebar Untuk Pendidikan". Semua pelajar digalakkan menyertai pertandingan ini dan merebut hadiah menarik yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila klik http://lrk.mcmc.gov.my/

Projek Inovasi Guru Penyelaras Bestari

13 Mei 2014 - Projek Inovasi 'E-Borang' telah dilancarkan oleh Guru Penyelaras Bestari SMK Telok Air Tawar. Tujuan projek inovasi E-borang  untuk memudahkan warga guru dan staf SMKTAT dalam penyediaan borang seperti borang isytihar harta, cuti rehat khas, pertukaran pelajar dan sebagainya. Guru-guru tidak perlu lagi mengambil borang di pejabat dan menaip atau menulis maklumat dalam borang. Kini, semua borang boleh dicapai dihujung jari dan di mana sahaja yang boleh akses internet. Hanya muat turun, lengkapkan dan cetak atau emailkan kepada pihak berkenaan. Sila klik pautan E-Borang


Program Bijak IT


17 Mac 2014 Isnin - Program Bijak IT telah dimulakan  mengikut perancangan Jawatankuasa Pengurusan Bestari dan ICT.  Pelajar Muhammad Izzudin dari kelas 3 UKM berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar dan guru-guru tentang etika penggunaan internet. Pelajar-pelajar perlulah berhati-hati melakukan aktiviti chatting di internet dan elakkan menggunakan nama sebenar untuk mengelakkan bahaya. Pelajar juga diingatkan tidak mendedahkan identiti diri ketika aktiviti online.




 31 Mac 2014 Isnin- Program Bijak IT diteruskan lagi dengan tajuk perkongsian artikel "Berhati-hati dengan Perkongsian fail Peer to Peer (P2P). Artikel dibacakan oleh Muhd Ikhwanul Ikhsan dari 3UKM. Pelajar-pelajar perlu berhati-hati menggunakan aplikasi ini kerana kadang kala ia boleh mengongsikan virus tanpa kita ketahui..




No comments:

Post a Comment