Berita ICT 2013

Ujian Kompetensi ICT untuk Guru-Guru

Ujian kompetensi ICT untuk Guru dan Pentadbir sekolah akan diajalankan secara online / atas talian bermula 9 hingga 16 Oktober 2013 mengikut surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPG)9203/5/1/3(52) bertarikh 7 Oktober 2013. Oleh itu guru-guru diminta menjawab ujian berkenaan yang mengandungi 30 soalan yang wajib dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit sahaja. Panduan ujian kompetensi boleh dirujuk dalam group edmodo guru & staf dan guru-guru boleh klik pautan berikut http://ict-kpm.azurewebsites.net untuk mula menjawab.


13 Jun 2013, Jawatankuasa ICT & Bestari SMK Telok Air Tawar telah mengadakan program Cyber Safe in School bermula dari 12 hingga 13 Jun 2013 di Bilik KDP SMK Telok Air Tawar. Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam program yang diadakan. Aktiviti yang dijalankan ialah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Yusof, Guru Penyelaras Bestari SMKTAT dan dibantu oleh Pn Nurrul Maziyah. Pada pertengahan dan akhir sesi, pelajar menjawab soalan pre test dan post test tentang internet.  Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar cara penggunaan internet yang betul dan selamat.

cyber_4    cyber_1

cyber_2   cyber_3
Pelajar memegang buku panduan penggunaan internet yang selamat dari DIGI


22 JUN 2013 SABTU, bertempat di SMK Al Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang telah diadakan Karnival ICT berkaitan Frog VLE. Sempena karnival berkenaan pihak BTPN dan JPNPP mengadakan pertandingan dashboard bagi beberapa kategori. SMK Telok Air Tawar melalui penyertaan Puan Nurrul Maziyah telah diumumkan sebagai Johan Kategori Dashboard Guru bagi PPD Seberang Perai Utara. Tahniah diucapkan!!

dashboard_guru

Hadiah berupa beg sandang dan sijil penyertaan disampaikan oleh Tuan Pengetua.











No comments:

Post a Comment